Hina Islam !! Kalau Jumpa Babi Ni Ludah Je..tuuuiHHH !!

PM

Bulan ini memang bertemakan anjingkah?
Lepas satu, satu penghinaan dilakukan oleh individu tak bertanggung jawab.
Kalau berleter, bukan naik berbuih lagi dah mulut tapi mungkin muntah hijau semata-mata nak menerangkan betapa sensitifnya isu anjing dengan masyarakat Islam.
Jadi boleh dirumuskan, ini bukan soal tak faham bahawa anjing lambang penghinaan jika dibuat main-main dengan orang Islam tapi ia memang sengaja dijadikan objek untuk menghina!
Seperti yang sudah kerap kali dijelaskan, anjing bukan binatang hina kerana ia pun makhluk tuhan juga.
Tetapi, hukum Islam terutama yang mengamalkan Mazhab Syafie seperti di negara ini tidak membenarkan anjing saja-saja diulit oleh orang Islam melainkan untuk dijadikan pengawal rumah atau membantu pemburuan.
Justeru apabila Perdana Menteri kita yang sah-sah diketahui beragama Islam digambarkan membawa sekumpulan anjing ala bersiar-siar, itu adalah satu penghinaan yang jelas disengajakan.
Harap-harap SKMM tidak terlepas pandang dan bertindak apa yang patut.
Biar semua orang tahu, penghinaan pada agama lain di negara ini adalah sesuatu yang tidak boleh sewenang-wenangnya dimaafkan kerana ia boleh menggugat keharmonian negara.
mynewshub

No comments:

Post a Comment