Lagi Foto Ucapan Raya Dengan Anjing !! Kali Ini Mak Cik Bertudung Labuh !!

Hina Islam

Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya.
Dunia dah maju, zaman dah berubah.
Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.
Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email.
Tetapi sejak kebelakangan ini, lain pula jadinya.
Ucapan berbuka puasa dihiasi bak kut teh (sup babi).
Video ucapan raya diraikan dengan anjing-anjing peliharaan.
Hari ini kami menerima sekeping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang saya yakin beragama Islam mengeluarkan gambar ucapan Aidilfitri bersama anjing.
Walaupun kita lihat tiada sentuhan ‘direct contact’ di dalam gambar tersebut, tetapi kapsyen ucapan raya tersebut mungkin akan mengguris hati umat Islam.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Dzahir Bathin. – Dari August AlKalb The Halal Dog dan Julie The Cat.”
Sekejap.. Apakah yang dimaksudkan dengan AlKalb The HALAL DOG?
HALAL DOG? LIKE SERIOUSLY ‘HALAL’?
Kakak-kakak dalam gambar ni jangan main-main isu halal haram.
Apa motif utama muat naik gambar bersama anjing dengan ucapa hari raya sebegitu?
Suka untuk saya berkongsi petikan daripada artikel kami sebelum ini berkaitan sudut pandang agama Islam berkaitan anjing.
Cubalah jadi penganut agama Islam yang ‘lebih sensitif’ terhadap isu-isu sebegini supaya tidak mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penganut agama yang sama.
Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia sebahagian besar berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Lagi hujah ingin dikongsikan, daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Baginda bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (Riwayat Muslim)”
Justeru, kita sebagai umat Islam harus sedar dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith.
Sebelum ini kecoh apabila seorang wanita bergelar jurutera, Maznah Mohd Yusof @ Chetz memuat naik video dia bersama anjing-anjing belaannya menyambut Aidilfitri dalam bersama ucapa raya.
Video tersebut turut diselangi dengan takbir raya yang menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia ini rasa terhina dengan video tersebut.
Semoga selepas ini tiada lagi isu-isu berkaitan halal haram serta hukum-hukum di dalam Islam dijadikan isu gelak tawa.

Aakj mohon pihak berwajib siasat keaslian foto ini !!
mynewshub

No comments:

Post a Comment