Buddha Dalam Surau : Resort Telah Di Kosongkan?

Kedudukan Resort Ritual Buddha Terpencil

KEDUDUKAN pusat peranginan Tanjung Sutera Resort yang menempatkan surau yang digunakan oleh beberapa penganut Buddha dalam upacara keagamaan sehingga mencetuskan kontroversi itu terletak jauh dalam kawasan kampung di daerah Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.
Wartawan Mynewshub.my yang melewati simpang ke arah resort berkenaan terpaksa memandu sejauh kira-kira 10 kilometer ke dalam melalui kawasan kelapa sawit sebelum tiba di resort berkenaan.
Surau yang menjadi kontroversi terletak betul-betul bersebelahan pintu masuk resort berkenaan.
Setibanya saya di sana pada kira-kira pukul 9 malam, didapati pintu pagar resort berkunci dan suasana dalam resort seperti telah dikosongkan.
Jika dilihat dari segi rupa surau berkenaan, kita pasti tidak akan mengagak ia sebuah surau pada mulanya sebaliknya kita akan menganggapnya sebuah bangunan untuk satu fungsi lain.
Resort berkenaan juga tidak mempunyai sistem laman web yang sistematik sebaliknya hanya menggunakan laman blogspot untuk menguruskan tempahan para pengunjungnya.
Ketika saya meninjau dari luar pintu pagar, kedengaran anjing dari dalam kawasan resort menyalak keluar. Daripada perbualan dengan salah seorang pemilik chalet berdekatan, pengusaha resort berkenaan memang membela anjing di kawasan itu.
Kita tunggu sahaja siasatan dan tindakan yang akan dikenakan kepada pengurus resort berkenaan yang sudah pun ditahan pada pukul 2 petang semalam di resort itu. –Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment