Foto Pasangan Kekasih Bunuh Diri Bersama

Pasangan Kekasih Bunuh Diri Reput Bersama

SEPASANG lelaki dan perempuan yang dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan hanya kepala tergantung manakala bahagian badan dari bahu hingga kaki di atas lantai di sebuah rumah usang di Kilometer 10 Jalan Bukit Lintang, Tiang Dua, di sini, semalam.
Difahamkan, kedua-dua mayat dipercayai warga asing ditemui pekerja estet berusia 30-an selepas terhidu bau busuk ketika melakukan kerja mengait kelapa sawit berhampiran rumah itu, jam 9.30 pagi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai membunuh diri.
“Kedua-duanya dipercayai menggunakan kerusi plastik untuk memanjat sebelum menggantung diri dengan tali nilon.
“Siasatan awal mendapati kedua-duanya mati antara tiga minggu hingga sebulan lalu, menyebabkan kepala mangsa masih terikat di tali, manakala badan terputus dan terjatuh di atas lantai akibat reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui lengkap berpakaian.
Katanya, siasatan awal juga mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi dan pihaknya percaya pasangan berkenaan membunuh diri.
“Mayat perempuan berambut panjang ditemui lengkap berpakaian jaket berwarna ungu, berbaju merah, berseluar dan berkasut hitam selain memakai seluar dalam coklat muda, manakala lelaki berbaju T berkolar, berseluar panjang dan berkasut hitam.
“Kedua-duanya dipercayai warga asing kerana selain tiada dokumen pengenalan diri, semakan mendapati tiada laporan orang hilang di laporkan di kawasan ini.
“Dipercayai mangsa membunuh diri dengan menggantung tali pada kayu yang diletakkan di atas kerangka rumah,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, pemilik rumah itu Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, dia hanya mengetahui penemuan mayat selepas dihubungi polis, jam 12.30 tengah hari.
“Rumah ini ditinggalkan sejak 2002 selepas saya berpindah ke Ayer Molek kerana kerap dipecah masuk penjenayah berikutan lokasinya terpencil dan jauh daripada jiran.
“Kali terakhir saya ke sini lima tahun lalu dan sejak itu rumah ini terbiar sehingga semua barangan di dalamnya, termasuk bumbung dan pagar, dicuri,” katanya.

No comments:

Post a Comment