Buku Awakening : Apa Pendirian Khairy


Tiba-tiba negara jadi kecoh tang cerita ada buku yang "meletup" d pasaran !!

Bukan meletup kerana laris sebelum pelancaran, bukan kerana tempahan melebihi pengeluaran, bukan kerana ada orang mati kerana berebut beratur nak beli buku ni tapi 'meletup' kerana buku ini d keluarkan bertujuan khabarnya Pak Lah hentam Tun Mahathir.

Isi bukunya nampak sangat Mantan Perdana Menteri Malaysia mengata Mantan PM yang sebelumnya. Ada ayat yang kurang seronok di dengar. Penulis yang menemuduga Pak Lah seolah-olah cuba mewujudkan perang antara dua mantan PM. 

Aakj tak nak ulas panjang bab Pak Lah 'serang' Tun Mahathir ni..cuma agak terkilan bila dalam buku tu Pak Lah bukan setakat hentam Tun Mahathir tapi turut sama mengheret UMNO, menghentam UMNO !!

Sebagai BEKAS Presiden Parti yang d LANTIK ketika itu dan d beri peluang duduk d KERUSI Perdana Menteri dengan jalan yang mudah, Pak Lah wajib bertanggungjawab menunjukkan etika paling tinggi sebagai seorang PEMIMPIN No1, bukannya seperti Ketua Kelab Mesyuarat Tingkap !! membebel tentang kelemahan Parti yang beliau sendiri jadi Nakhodanya dan bertanggungjawab menentukan halatuju ketika itu !!

Nampak terlalu kebudakan, BEKAS Pemimpin menghentam Pemimpin parti yang sama d 'forum' yang amat tak sesuai..dalam buku !! kenapa tak minta bersemuka dan selesaikan dalam forum yang lebih bermakna, mesyuarah !

Kini, rakyat nak tahu pendirian menantu beliau yang dah duduk d kerusi Menteri. Aakj mohon juga Khairy menonjolkan diri sebaimana Khairy menonjol dalam apa saja kes yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan atau sipi-sipi isunya seperti isu keadaan Stadium Bukit Jalil ketika kunjungan Pasukan Bolasepak Barcelona kelmarin, cepat je twitter Khairy berlegar dalam alam maya keluar dan ada pihak d minta bertanggungjawab oleh Khairy Jamaluddin.

Ini soal maruah UMNO dan soal pergeseran mulut antara dua Mantan Pemimpin UMNO, Mantan Presiden Parti dan Mantan Perdana Menteri...mana twitternya? Jelaskanlah pendirian beliau tentang isi kandungan buku yang nampak sangat cuba mengeruhkan hubungan antara dua pemimpin UMNO dan menghentam UMNO secara membabi buta !!

Rakyat nak tahu mungkin kerana ketika itu, ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Khairy d katakan sebagai 'Bos Tingkat 4', sebagai pegawai paling berkuasa ketika itu, 'berkuasa' d Pejabat Perdana Menteri ketika itu.

Terpulanglah pada Khairy nak jawab atas kapasiti beliau sebagai apa..sebagai Menteri, sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sebagai Menantu atau sebagai Ahli UMNO yang setia pada parti !




No comments:

Post a Comment