Video : Parking Basikal Tercanggih !!




MASALAH kekurangan ruang biasa berlaku di ibu negara Jepun, Tokyo. Di sana, hendak mencari lokasi untuk meletakkan basikal pun begitu sukar.
Di Jepun, para cerdik pandai di sana mencipta satu cara untuk meletakkan basikal dikenali sebagai Eco-Cycle yang keseluruhannya automatik dan terletak 11 meter di bawah tanah.
Sistem itu boleh menyimpan kira-kira 200 buah basikal pada satu-satu masa.
Walaupun Jepun terkenal sebagai negara pengeluar kereta berjenama dan juga sistem pengangkutan di sana dikenali sebagai yang paling maju di atas muka bumi ini, basikal masih menjadi popular untuk penduduk Jepun bergerak ke sana sini.
Bagaimanapun, untuk orang Jepun meletakkan basikal mereka memang susah. Ia terpaksa diletakkan ditepi jalan sehingga membahayakan pengguna lain terutamanya pejalan kaki.
Sebuah syarikat Jepun Giken Seisakusho yang pakar dalam sistem mengatasi banjir mencipta Eco-Cycle. Ia terdiri dari ruang simpanan basikal setinggi lima tingkat untuk memudahkan pemilik basikal meletakkan basikal dengan selaman.
Proses mudahnya untuk meletakkan basikal dengan Eco-Cycle hanya selama 8 saat.
Eco-Cycle berbentuk silinder yang besar dengan kelebaran tujuh meter. Bagaimanapun pemilik basikal perlu membayar yuran bulanan untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Pemegang akaun akan diberikan sekeping kad, untuk menggunakannya mereka hanya perlu meletakkan basikal di depan pintu Eco-Cycle dan kemudian basikal itu seperti disedut ke dalam tanah dan disimpan dengan selamat.
Ia telah diperkenalkan di Jepun pada 2010 di Taman Konan Hoshi No Ken, sejak itu basikal yang diletakkan secara salah di tepi jalan hampir tiada lagi. Syarikat Seisakusho kini sedang membina Eco-Cycle di seluruh Jepun. – Mynewshub.my

mynewshub

No comments:

Post a Comment