DAP Minta PBB Masuk Malaysia


Parti DAP menyarankan kerajaan Malaysia mendapatkan bantuan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani jenayah tembak di negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, langkah itu wajar dilaksanakan memandangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan terdapat kira-kira 260,000 penjenayah tegar kini bebas di jalanan selepas  Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan dan menyebabkan kes jenayah tembak semakin meningkat.
“Jika benarlah dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terdapat 260,000 penjenayah bebas di jalanan, maka usaha menghidupkan semula undang-undang seperti EO tidak dapat membantu polis menangani jenayah itu.
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasukan pengaman PBB harus membantu pihak polis menghadapi ketumbukan 260,000 orang penjenayah ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng seterusnya mendakwa, bilangan 260,000 penjenayah itu melampaui bilangan jumlah anggota polis seramai 112,583 orang serta 124,000 pasukan angkatan tentera maka pasukan pengaman PBB perlu diundang bagi membantu PRDM mengalahkan pasukan penjenayah tersebut.
Beliau dalam pada itu mendakwa KDN sengaja menjadikan kes jenayah tembak yang semakin meningkat untuk menjustifikasikan pelaksanaan  semula undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa bicara seperti EO.
Guan Eng turut mendakwa hanya sembilan peratus daripada kekuatan anggota polis berjumlah 112,583 orang atau 10,150 anggota sahaja yang ditugaskan untuk memerangi jenayah.
“Rakyat menuntut separuh daripada bilangan anggota polis ditugaskan menentang jenayah serta membuat rondaan,” dakwanya lagi.

mynewshub

No comments:

Post a Comment