Bukti Selangor Pusat Judi Terbesar Yang Di Lindungi Pemimpin Pakatan Haram ?

Ditangkap ketika leka berjudi


Sambutan Nuzul Al-Quran dicemari aktiviti tidak bermoral apabila sekumpulan individu dicekup ketika sedang leka bermain judi secara online di sebuah kafe siber dalam tiga serbuan yang dilakukan di Taman Pinggiran Subang, di sini awal pagi kelmarin.

Serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan premis-premis terbabit hasil risikan dilakukan.  

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas 130 unit komputer, tiga buah modem Internet dan wang tunai berjumlah RM628.

“Lapan penjaga dan 21 pelanggan di ketiga-tiga premis itu yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun ditahan,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000.

No comments:

Post a Comment