#PRKKualaBesut : Foto - Antara Calon Pakatan Haram Yang Di Fitnah Hadi Awang Jual Pil Kuda !

" Saya Menderita Akibat Difitnah Haji Hadi "

DALAM kempen Pilihan Raya Umum (PRU13) tempoh hari, antara perkara yang paling mengejutkan semua pihak berlaku pada satu ceramah Pas yang diadakan di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Terengganu.
Ketika itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, tindakan Pas menurunkan calon bertanding di tiga kawasan yang turut ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk menyelamatkan parti itu dan pakatan pembangkang daripada anasir ‘syaitan’.
Beliau ketika itu mendakwa Pas mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja ‘haram’ iaitu menjual pil kuda!
Selain pil kuda, Hadi mendakwa ada calon PKR mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.
Hadi menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.
Kini setelah empat bulan berlalu, bekas calon PKR Dun N25 Bukit Besi Terengganu pada PRU13 lalu Shamsul Mat Amin akhirnya ‘buka mulut’.
Beliau mendakwa, fitnah tersebut telah mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap dirinya.
” Saya menderita akibat fitnah ini. Ucapan-ucapan itu telah disiar di semua media utama termasuk internet malah ucapan video juga dimuatnaik di laman YouTube.
” Daripada ucapan tersebut saya sentiasa diaibkan, diejek dikalangan masyarakat. Jejaskan perniagaan saya, kepercayaan masyarakat, hubungan persaudaraan antara sahabat malah keluarga juga ada yang percaya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media disini hari ini.
Hadir sama Pengarah Pilihanraya PKR pada PRU13 Zakaria Yahya.
Jelas Shamsul, Hadi perlu menjawab berkenaan ucapan yang dibuat.
“Dia (Hadi) kena jawab mana satu calon pil kuda. Buat (ucapan) di Terengganu, fokus kepada calon di sini.
” Calon daripada PKR hanya enam orang dan tiga bertindih. Yang bertindih ini dikatakan sebagai calon pil kuda.” ujar beliau
Dalam pada itu diminta mengulas mengenai impak fitnah itu Samsul dengan nada sebak memberitahu kesannya begitu teruk sehingga menjarakkan hubungan beliau dengan masyarakat.
“Ketika saya hadir solat Jumaat, ada sesetengah jemaah tidak bersalaman dengan saya.”
Sementara itu Shamsul berkata sebagai pemimpin Islamik seperti Hadi sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sesuatu berita sebelum menyebarkannya.
“Sebagai seorang pemimpin politik yang berlandaskan agama beliau (Hadi Awang) perlu menyiasat terlebih dahulu berita atau maklumat yang belum tentu kesahihannya kerana fitnah itu lebih berat daripada membunuh” katanya.
Beliau yang masih ahli PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pagi Isnin.
Ditanya pemberita kenapa baru sekarang beliau membuat laporan polis, Shamsul berkata sekarang adalah masa yang sesuai kerana ia adalah pilihan raya kecil dan kenyataannya akan menjadi tumpuan media.
“Wartawan ramai, saya ambil peluang.
“Tuduhan Haji Hadi masa pilihan raya, saya juga jawab dalam pilihan raya,” katanya lagi.
Untuk rekod, pada pilihan raya 5 Mei lalu, PAS bertembung dengan PKR di beberapa kerusi. Antaranya di DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu.
PAS turut melawan PKR di kerusi DUN Kota Damansara, Sungei Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor serta kerusi Parlimen di Labuan.
Semua calon pembangkang tumbang di tangan calon BN di kerusi-kerusi yang menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru itu.

No comments:

Post a Comment