Pembohong !! Anwar Dakwa Najib Tawarkan Jawatan Timbalan Perdana Menteri


Anwar Ibrahim dilihat menyuarakan lagi satu dakwaan “merepek” yang sukar untuk dipercayai.
Sudahlah dengan dakwaan pengundi “hantu” dari Bangladesh yang karut kini Anwar mengatakan kerajaan pernah menawarkan jawatan kepadanya.
Dakwaan terbarunya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menawarkan peluang untuk bersatu dalam satu kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
TULISAN TERENCE NETTO DARI MALAYSIAKINI
Memetik tulisan Terence Netto dari Malaysiakini pada 19 Jun lepas, Anwar berani mengatakan bahawa Najib menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuknya dan empat jawatan Menteri kepada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada dakwaan awal sudah tahu peristiwa ini tidak logik dan tidak masuk akal langsung.
Hari ini di portal berita kualalumpurpost.net, Anwar dikatakan menolak semua kerjasama yang ditawarkan oleh Umno. Menurut Anwar tawaran itu ditawarkan kepadanya melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.
Anwar dipetik laman portal itu berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam semalam.
Popular betul, nama Jusuf dengan Anwar. Adakah kerana Jusuf akan mengiyakan sahaja arahan yang diberikan oleh Anwar jika disuruh mengaku berlakunya pertemuan itu.
Adakah Najib sudah begitu terdesak inginkan sokongan seorang “bekas banduan” sehingga sanggup memperjudikan kekuatan 88 kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi untuk menawarkan jawatan kepada Anwar??
Adakah Najib sanggup memperjudikan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat itu dengan menawarkan jawatan kepada Anwar yang memiliki reputasi “kuat merajuk” dan mengajak rakyat tidak berdosa “merajuk” bersama dengannya dan mengadakan demonstrasi jalanan.
Kredibiliti ayahnya yang juga Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengatasi konflik 13 Mei tanpa pertumpahan darah menolak terus dakwaan ini jika ia dikaitkan dengan Perdana Menteri.
NAJIB MENUNGGU UNTUK BERTEMU ANWAR??
Lagi kelakar, Najib dikatakan beberapa kali ingin bertemu Anwar tetapi Anwar terus mengelak daripada bertemu dengannya.
Menurut tulisan Terence, Anwar dikatakan pergi berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 Jun setelah diminta oleh Susilo yang mahu bertemu Anwar (waduh hebatnya Pak Anwar).
Terence memetik sumber dari seorang bekas pemimpin kanan PKR yang tidak disebutkan namanya (nak sebut camna kalau dah cerita rekaan).
Selepas bertemu Susilo, Presiden Indonesia itu dikatakan telah meminjam “Jet Presiden” nya untuk digunakan Anwar terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Jusuff di sana.
Pada ketika itu Najib dikatakan menunggu untuk bertemu Anwar bersama Jusuff sebaliknya pesawat presiden itu mendarat di lapangan terbang lain.
Selepas gagal bertemu Anwar, Najib didakwa bermain golf bersama Jusuf dan kemudian menunggu Anwar di rumah Jusuf, menurut sumber itu.
Setelah gagal bertemu Anwar, Najib dikatakan menyampaikan tawaran itu kepada Jusuf untuk disampaikan kepada Anwar.
KERAJAAN BN KUKUH
Dalam PRU13 lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 133 kerusi dengan 88 kerusi datangnya dari parti pimpinan Najib iaitu Umno.
Sudahlah parti PKR bukan parti terkuat dalam kalangan parti pembangkang apabila memenangi kurang kerusi dari parti DAP, lebih baik Najib menawarkan jawatan kepada PAS jika itu benar-benar berlaku.
Kenapa pula Anwar yang diharapkan oleh Najib? Sedangkan Anwar lantang memfitnah Najib dan isterinya terlibat dalam pelbagai salah laku dan kini satu demi satu didedahkan tidak benar.
Terbaru, dakwaan penglibatan Najib dalam penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene yang kini kini sudah mula terdedah.
Kedudukan Anwar yang menjadi Ketua Pembangkang atas ehsan DAP takkanlah Najib terlepas pandang, PKR hanya memiliki 30 kerusi berbanding parti DAP memiliki 38 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi dalam Dewan Rakyat.
Kita tunggu apa jawapan Perdana Menteri dalam isu ini atau kita tunggu sahaja menteri Kabinet yang jawab isu ini kepada Anwar. Kalau pada saya, Najib perlu beri penjelasan isu ini kerana ia melibatkan jawatan penting dalam kerajaan – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment