#PRKKualaBesut : BN Menang Di Semua Peti Undi !!

BENDERA PENUHI

SEPERTI dijangkakan ramai PRK DUN Kuala Besut kekal milik BN apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan BN hampir pasti memperolehi kemenangan selesa berbanding keputusan PRU-13.
Menurut sumber yang diperolehi Terengganu Today angka majoriti kemenangan BN yang belum rasmi ialah 2,601 undi melebihi majoriti kemenangan 2,434 undi yang diperolehi BN pada PRU-13.
Sementara itu keputusan tidak rasmi, BN menang di semua peti undi termasuk Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang tewas pada PRU 13.
Jika semua angka itu betul atau hampir menepati keputusan rasmi bermakna ia satu peningkatan yang memberangsangkan meskipun jumlah keluar mengundi tidak sampai 80%.

No comments:

Post a Comment