Terkini !! Latifah Koya Jadi Peguam Wanita Melayu Islam Sambut Raya AidilFitri Dengan Anjing


Jurulatih anjing, Maznah Mohd. Yusof yang menerbit dan menyiarkan rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam, ditahan polis hari ini.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Bukit Beruntung, Rawang kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



Menurut sumber, Maznah yang merupakan seorang jurutera di Petaling Jaya diwakili oleh peguam Latheefa Koya. Dia dibawa ke Balai Polis Segamat, Johor malam ini selepas selesai soal siasat bersabit laporan polis yang pertama dibuat di sana.

Katanya, rakaman video tersebut dibuat pada November 2010 di sebuah rumah di Country Homes, Rawang dengan dibantu oleh rakan serumahnya yang berketurunan Serani.

"Rakaman video itu kemudian disunting oleh Maznah dengan memasukkan latar belakang takbir raya bagi tujuan menunjukkan cara dia menyambut Hari Raya pada tahun itu kepada rakan-rakannya.

"Rakaman itu dimuat naik ke YouTube menggunakan akaun chetzyusof beberapa hari selepas itu," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan penyebaran klip video memaparkan seorang anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.

Dengan berlatarbelakang suara takbir raya, video selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang lelaki membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.

Chetz yang berbaju Melayu itu kemudian menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.

Sementara itu, Maznah yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Industri pernah bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang dari tahun 1998 sehingga 2007.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan 4(1)(c) Akta Hasutan.

No comments:

Post a Comment