Himpunan Babi 4.0 : Anwar Penipu Ambiga Pembohong !


Selepas Anwar Ibrahim, pengerusi bersama Bersih, S. Ambiga dilihat sebagai tokoh pro-pembangkang paling kuat kelentong dan pembohongannya. Semasa melancarkan inisiatif Bersih 1.0, Ambiga berjanji memastikan pergerakannya yang diasaskan bersama-sama pemimpin badan bukan kerajaan yang lain tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik, samada parti kerajaan.

Malah dalam ucapannya di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ambiga berkata perarakan Bersih untuk menuntut reformasi kepada proses pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan mana-mana parti politik mengetuai bantahan jalanan tersebut.

Pemimpin parti politik hanya digalakkan untuk ikut serta tetapi tidak memimpin perhimpunan. Itulah yang dijanjikan dengan penuh berkobar-kobar pada malam pelancaran itu dengan iringan tepukan gemuruh daripada para penyokong yang boleh dikatakan kesenua adalah ahli parti pembangkang atau penyokong mereka. 

Walau bagaimanapun realiti apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana janji Ambiga sebagai seorang peguam yang dikenali ramai dan dihormati akhirnya tinggal omongan kosong yang tidak mempunyai nilai. Ambiga hilang langsung integriti dan kredibilitinya sebagai pemimpin Bersih apabila membenar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng serta ratusan lagi pimpinan PKR, Pas dan Dap untuk mengambil alih perhimpunan tersebut. 

Maka terserlah sikap hipokrit Ambiga yang menipu rakyat bahawa Bersih bukan terlibat dalam politik serta ingin menjadi sebuah NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. 

Sebenar tindakan beliau membenarkan pembabitan pemimpin pembangkang mengepalai bantahan di jalan raya Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 membuktikan Bersih tidak lain tidak bukan adalah apparat politik kepada pembangkang. 

Bersih berselindung disebalik slogan pilihan raya bersih, telus dan adil tetapi hakikatnya segala perancangan dan biayai siri perhimpunan 2.0 dan 3.0 selepas itu semuanya datang dari kantor Anwar. Malah bukan itu sahaja, Ambiga mengaku secara terbuka, perhimpunan haram Bersih dibiayai melalui dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa, George Soros.

Kesanggupan Ambiga menerima bantuan kewangan dari seorang yang pernah menjahanamkan ekonomi dan struktur sosial negara-negara Asia Tenggara termasuk cubaanya ke atas Malaysia adalah amat hina sekali sekiranya beliau mengaku seorang warganegara yang patriotik sebagaimana yang sering didakwanya. 

Hubungan dengan Soros yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan gerakan Zionis sedunia tidak memungkinkan Bersih menjadi bersih dan suci seperti yang ingin ditonjolkan kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi apabila Bersih menjadi alat kepada cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, sudah tentu akan dicurigai oleh rakyat kerana terpalitnya Ketua Pembangkang itu dengan rangkaian Zionis dan Yahudi termasuk Soros. 

Selepas kekecewaan pembangkang menawan Putrajaya, Ambiga mengeluarkan kenyataan dengan yang berbeza dari retorik semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau berkata mahu bersara daripada menjadi pengerusi Bersih dan ingin memberikan obor kepimpinan kepada lapisan generasi muda. 

Masa berlalu dan kini sudah hampir tiga bulan selesainya PRU13 tetapi Ambiga masih menunjukkan kelibatnya sebagai pemimpin NGO itu. Di mana janji beliau hendak bersara serta meninggalkan Bersih. 

Bunyi janji Ambiga sekarang dilihat seolah-olah sama dengan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar sebelum pilihan raya lalu. Kata Anwar beliau akan bersara menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat sekiranya kalah dalam PRU13. 

Namun Anwar memungkiri janjinya seperti mana juga janji untuk berundur daripada dunia politik air yang dibuat di depan mantan Nainb Presiden Indonesia, Jusuf Kalla. Apa yang dilakukan adalah pusingan 360 darjah daripada apa yang janji kepada rakyat dengan mengadakan siri perhimpinan haram Blackout 505. 

Inilah kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang yang bermimpi untuk memimpin negara. Kualiti jelek dan rendah yang sama juga di pamerkan oleh Ambiga yang juga tidak brundur dari Bersih sebagaimana yang dijanjikan tetapi menggerakkan usaha pembangkang untuk menyerang SPR saban hari untuk merosakkan imej institusi itu. 

Kedua-dua Anwar dan Ambiga tidak lebih daripada badut politik hanya bercakap dan bersuara mengikit selera dan kepentingan politik mereka. Sudah tiba masa rakyat membuka mata tentang pembohongan mereka da tidak terus tertipu dengan retorik kosong bak fatamorgana yang hanya mengasyikkan orang yang melihat.


No comments:

Post a Comment