Kerajaan BN Johor Mansuhkan Lesen Pusat Hiburan Keluarga, Beranikah Pas Desak Selangor ?



Kerajaan Johor memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di seluruh negeri mulai tahun depan.

Ia bertujuan membendung penularan serta peningkatan masalah sosial, terutama generasi muda di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi, berkata ia sebahagian daripada langkah awal kerajaan negeri mengatasi masalah sosial daripada terus menular akibat kegiatan tidak sihat di pusat hiburan. 

“Lesen atau permit hiburan keluarga tidak lagi akan disambung atau dikeluarkan bermula tahun depan.

Komitmen ini disuarakan sendiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mahu setiap lesen premis hiburan dihentikan bagi memastikan permasalahan sosial dapat dikawal.

“Keputusan ini diambil kerana kebanyakan pengusaha pusat hiburan keluarga sering menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang tidak sihat seperti perjudian, selain pencetus budaya lepak, gangsterisme serta kegiatan maksiat lain.

“Mesyuarat EXCO baru-baru ini bersetuju dan memutuskan supaya dasar lesen hiburan keluarga ini tidak disambung pada tahun hadapan,” katanya.

Abd Latif berkata, antara yang banyak dilaporkan ialah pusat hiburan keluarga yang sepatutnya menyediakan perkhidmatan permainan video dan pusat karaoke menjadi kasino kecil kepada kaki judi sekitar negeri ini.

“Kerajaan negeri berpendapat kaedah ini membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan keluarga dapat dikawal dan dibanteras.

“Selain tidak lagi mengeluarkan lesen, kerajaan akan memastikan lebih banyak operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa terhadap premis pusat hiburan keluarga supaya masalah ini dapat ditangani dengan berkesan,” katanya.

bh

No comments:

Post a Comment