Kemenangan BN Di Kuala Besut Hadiah Harijadi Buat PM


23 Julai merupakan Hari Jadi Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri yang kita sayangi. 24 Julai pula merupakan Pilihanraya Kecil Kuala Besut iaitu PRK pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13. Dengan keputusan PRU yang begitu ‘genting’ buat BN, PRK pertama dikira amat penting dalam menentukan momentum politik seterusnya. 

Apatah lagi dalam keadaan di mana kekalahan BN akan menyebabkan kedudukan kerusi menjadi ‘seri’ di negeri Terengganu. Namun, Alhamdulillah, seperti yang dijangka BN menang dengan majoriti yang bertambah. Walaupun hanya bertambah sebanyak 158, namun ia merupakan satu petanda baik dalam menuju PRU-14. Dan kemenangan ini bolehlah disifatkan sebagai hadiah harijadi buat Dato’ Seri Najib. 

Dalam usia beliau yang mencecah 60 tahun, Dato’ Seri Najib kini semakin teguh berdiri memikul sebuah misi membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. PRK K.Besut menyaksikan BN berjaya meraih majoriti sebanyak 2,592 undi. Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman memperoleh 8,288 undi menewaskan calon PAS Endut@Azlan Yusof yang mendapat 5,956 undi. Peratusan keluar mengundi bagaimanapun merosot dari 87% kepada 80% berbanding PRU-13. 

Hanya 14,108 yang keluar mengundi daripada 17,683 jumlah pengundi di DUN berkenaan. Dalam PRU-13 lalu, BN melalui arwah Dr. A. Rahman Mokhtar mendapat 8,809 undi mengalahkan Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Islam yang mendapat 6,375 undi. Kemenangan BN di kesemua 8 peti undi dalam PRK ini pasti menjadikan hadiah harijadi ini lebih bermakna lagi buat Perdana Menteri. 

Apatah lagi, apabila hadiah ini diterima pada bulan Ramadhan. Pada hari jadi beliau kali ini, Dato’ Seri Najib menjalankan rutin tahunannya pada setiap Ramadhan sejak tujuh tahun lalu iaitu mengedarkan bubuk lambuk di kalangan penduduk di Kampung Baru. 

Penduduk sekitar yang menerima agihan bubur dari Perdana Menteri amat teruja dan turut mengucapkan Selamat Hari Jadi. Rakyat Malaysia merasa amat bertuah kerana dikurniakan pemimpin yang merendah-diri, prihatin dan bijaksana. 

Dengan itu, kita doakan agar Dato’ Seri Najib sentiasa berada dalam peliharaanNya, serta bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita satu lagi Ramadhan yang tenang dan makmur berkat kebijaksanaan kepimpinan negara.

No comments:

Post a Comment